Saturday, March 20, 2010

::Ada Orang Kahwin, Mari Bikin Show-Siri Kedua (UKM)::

Bertempat di Dewan Gemilang, UKM *tempat pujaan ramai budak-budak UKM ketika minggu peperiksaan*,pada tanggal 20hb Mac 2010 maka berlakulah satu show yang ditunggu-tunggu*poyo gila ayat*

Kali ni show di UKM sempena perkahwinan mantan Kelab Gamelan Setiausaha UKM. eh salah, bukan mantan tu yang kahwin tapi anak lelaki beliau.Beliau yang dimaksudkan adalah superstar kita iaitu Pn Salmah Kasmani.

Gambar tak banyak sangat memandangkan kamera Opiq sudah kehabisan bateri.dia kan pemalas nak charge bateri.


*gaya mesti lebeyh*



*para pemain.thanks to Big Boss yang ambil gambar ni*

Terima kasih kepada kak Nora yang sudi meluangkan masa bermain gamelan bersama kami!ada masa, datanglah lagi ye.




::Ada Orang Kahwin, Mari Bikin Show-Siri Pertama (KAJANG)::

Holla,

Semenjak dua menjak ni Kelab Gamelan Slendro banyak mendapat tawaran show. ALHAMDULILLAH....

Kebanyakkannya adalah wedding a.k.a perkahwinan.yelah, dah musim cuti sekolah. Semua berebut nak kahwin, bina masjidlah katakan....hehehe..

Tempat: Dewan Perbandaran Kajang (dekat dengan Sate Hj Samuri.tetiba rasa lapar lak)

Tarikh: 14hb Mac 2010

Gambar-gambar tak banyak di ambil memandangkan semua pemain begitu bersemangat bermain gamelan.*kalau dah semua main, sapa nak amekkan gambar kitorang?*

Enjoy the pic!

*susah nak amek gambar Big boss sambil buat peace yo!*

*Part time models for minyak yuyi cap limau*


*Big Boss and Bucko*


*Pengkid berjaya!*


Show yang enjoy walaupun terpaksa berebut-rebut turn dengan DJ.Perut pun kenyang, hati pun senang!

Bye.


Sunday, March 14, 2010

::Jangan hidup hanya untuk memfitnah je yo!baik bunuh diri!::

Bercakap menggunakan akal fikiran atau bercakap menggunakan kepala lutut, yang mana lebih baik?

Jika tidak tahu tentang sesuatu, lebih baiklah anda mendiamkan diri dan bukan dengan mengeluarkan kenyataan yang anda sendiri tidak tahu akan kebenarannya.Ini boleh mengakibatkan fitnah.Fitnah itu kan sama seperti dosa membunuh orang.

"Kelab korang dulu gagal sampai kena bubar"

Wahai anda bergelar manusia genius muzik, kami tahu anda sangat pandai dalam muzik sehinggakan belajar bunga-bunga Gamelan hanya dengan mendengar Cd *kitorang belajar dengan dengan walkman.lagi tak cool* tetapi tolonglah jangan mengeluarkan sesuatu yang berbaur fitnah.dosa tu dik!

p/s: setahu kami, kami yang bubarkan sendiri kelab dahulu dan bukannya dibubarkan. Rasanya ketika kejadian tersebut berlaku, anda belum lagi wujud di UKM.


Tuesday, March 9, 2010

kitorang pun ada blog jugaklah.boooooooooo.

Akhirnya, kelab gamelan slendro sudah mempunyai blog. *sila tepuk tangan, tanda bangga* Diharapkan selepas ini Kelab Gamelan Slendro makin bergerak aktif seiring dengan hasrat Opiq *pengasas blog* memartabatkan Gamelan Slendro di mata dunia *bukan tahu pergi show jer, main hancur.eloklah, berangan glamour je lebih*

Wujudnya blog ini adalah dengan bertujuan untuk

1. Ahli-ahli kelab mahupun masyarakat umum termasuklah Miss Venezuela mengetahui aktiviti-aktiviti terkini mahupun aktiviti-aktiviti yang lepas*kenangan*.

2. Berdiskusi tentang apa-apa sahaja termasuklah soal perkahwinan ahli kelab, siapa yang dah beranak, dan sebagainya

3. Merapatkan silaturahim antara ahli-ahli kelab tidak mengira bangsa, agama mahupun jantina.

4. Mempromosi kumpulan atau kelab ini terhadap orang ramai. *Kalau tak famous mana nak dapat show*

Sedikit info mengenai kelab ini

Kelab gamelan slendro bergerak secara aktif dalam diam di bawah naungan En Yusof Bin Budin. Kelab gamelan slendro bergerak secara 'underground' dan aktif semenjak tahun 2009, menggabungkan ahli-ahli lama serta baru atau lebih dikenali sebagai penggabungan di antara mantan dan junior.Kelab ini sedia memenuhi mana-mana jemputan tidak kiralah majlis Perkahwinan, pertunangan,konvokesyen,persembahan khas mahupun majlis hari jadi.

Akhir kata, semoga kelab gamelan slendro lebih sukses di masa akan datang.

p/s: walaupun tidak pernah membuat persembahan di mana-mana TV station, rasanya kami masih menang dari semua segi!