Tuesday, March 9, 2010

kitorang pun ada blog jugaklah.boooooooooo.

Akhirnya, kelab gamelan slendro sudah mempunyai blog. *sila tepuk tangan, tanda bangga* Diharapkan selepas ini Kelab Gamelan Slendro makin bergerak aktif seiring dengan hasrat Opiq *pengasas blog* memartabatkan Gamelan Slendro di mata dunia *bukan tahu pergi show jer, main hancur.eloklah, berangan glamour je lebih*

Wujudnya blog ini adalah dengan bertujuan untuk

1. Ahli-ahli kelab mahupun masyarakat umum termasuklah Miss Venezuela mengetahui aktiviti-aktiviti terkini mahupun aktiviti-aktiviti yang lepas*kenangan*.

2. Berdiskusi tentang apa-apa sahaja termasuklah soal perkahwinan ahli kelab, siapa yang dah beranak, dan sebagainya

3. Merapatkan silaturahim antara ahli-ahli kelab tidak mengira bangsa, agama mahupun jantina.

4. Mempromosi kumpulan atau kelab ini terhadap orang ramai. *Kalau tak famous mana nak dapat show*

Sedikit info mengenai kelab ini

Kelab gamelan slendro bergerak secara aktif dalam diam di bawah naungan En Yusof Bin Budin. Kelab gamelan slendro bergerak secara 'underground' dan aktif semenjak tahun 2009, menggabungkan ahli-ahli lama serta baru atau lebih dikenali sebagai penggabungan di antara mantan dan junior.Kelab ini sedia memenuhi mana-mana jemputan tidak kiralah majlis Perkahwinan, pertunangan,konvokesyen,persembahan khas mahupun majlis hari jadi.

Akhir kata, semoga kelab gamelan slendro lebih sukses di masa akan datang.

p/s: walaupun tidak pernah membuat persembahan di mana-mana TV station, rasanya kami masih menang dari semua segi!

2 comments:

  1. Ye inila logo yang aku cari ni. aku pun tau aku bawah naungan logo ni je. hehehe

    ReplyDelete